salam
emm memang lama dah tak update sejak final packing n diserang hayfever yg teruk..ni pun masih kurang sihat..hope bila balik mesia nanti sihat..
semalam barang2 dah masuk contena..shipping dlm 5minggu baru sampai..so kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan terimakasih kepada semua warga malaysia exeter yg datang menolong, esply Mr.Junid n family, Mr.Amir n family,Mr.Zury n family, Mr.Syafeei, Mr. Amir,n yg lain2 tak ingat nama mereka..terimakasih banyak..cuaca semalam diramalkan hujan..alhamdulillah sebaik selesai je barang2 masuk contena..hujan lebat pun turun..
so hari ni..tak relax lagi cos nak bersihkan rumah..hari tu bila penuh dengan kotak2..tak nampak le kotor..bila dah kosong ni..habuk pun banyak..esply carpet..cos carpet rumah ni..putih/cream so..lepas ni kena guna steam vacuum ..tapi landlord kata dia nak bersihkan..hari minggu lepas dia datang ..dia tak complain apa2..cuma dia nak cat balik kot…maybe lepas kami keluar ni dah ada orang lain nak menyewa..
alhamdulillah sabtu lepas..dapat le n sempat bersama2 kawan2 berBBQ..seronok betul dapat jumpa kawan2 yg lama dah tak bersua..so kesempatan ni juga kami ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Ain dan K.N ..sorry le lambat wishes u all..semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.Amin.
Seminggu lagi nak balik mesia..memang dah tak sabar..tapi sedih sikit ….
anak2 minggu ni last week mereka bersekolah kat sini..so memang dia orang tak nak balik..kalau le kita ni boleh duduk lama2 kat sini..rasanya biar mereka habiskan sekolah mereka kat sini..tapi tu le Visa setakat september n if u dont have any reason nak duduk sini..kena hantar balik negara ooo..bila tengok program tv ‘UK Borders’ macam2 cara org nak masuk uk ni..bukan senang sekarang ni nak dapat Visa…
so semua experience kat sini memang banyak untuk dikenang..entah bila le..nak g sini lagi..planning memang nak ke sini 2012..insyaAllah kalau ada rezeki n panjang umur….
Untuk Exeter Malaysian Comunity kami sekeluarga menyusun jari memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa tersilap bicara sepanjang pergaulan kita semua..dan terima kasih atas segala bantuan yang diberikan sepanjang kami berada disini..insyaAllah kita berjumpa lagi dimesia..
Buat yg menjenguk2 blog ni..rasanaya maybe lama lagi sy nak update cos..balik nak bertenet agaknya ambik masa yg lama..so blog pun akan bersawang lagi ..
kami akan ke london utk overnight n lepas tu fly ke KL transit dlm dua jam n naik flight lagi untuk ke Kuching.
Doakan kami selamat sampai ke mesia dgn selamatnya..
ilal li qaq
naty

natynby 21:29 on 20 June, 2009 Permalink
salam afiq,,Thanks. InsyaAllah jumpa awk di Kuching Kelak.~cg~
Afiq 13:16 on 17 June, 2009 Permalink
Salam cikgu… Selamat pulang ke Sarawak diucapkan kepada ktk n seluruh keluarga ktk… Sik berasa 2 tahun lebih dah ktk tinggalkan mekurg. Kinektok ahernya kembali gik dah ke tanah air…